pinky

........ku bahagia.......

Friday, June 24, 2011

kepercayaan yg diberikan..

Salam.. Gudnite..

nk meluahkan rasa risau, gundah dan sbg nya..
tak sangka diberi kepercayaan smpai ke tahap ini..
terima kasih atas kepercayaan yg diberikan..
cuma saya takut tak dpt -do the best-
kena belajar banyak sangat..

saya faham maksud dia..
kenapa sy yg dipilih..
amanah ni saya kena jaga & tunaikan dgn baik..
saya pegang kata2 itu..
Allah knows everything..

this will be my new experience..

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan ku..
hanya padaMu ku memohon..
mulut org mmg tak boleh ditutup..
biar laa apa kata mereka
kerana sy tak nak menghampakan harapan org yg percayakan saya..
saya sgt terharu bila dihargai sebegini..seperti skrg ini..

kerana sebelum ini saya tak pernah rasa dihargai seperti ini..
apa yg sy lalui sebelum ini perit, pedih..
difitnah perkara yg saya tak buat..
perkara yg busukkan nama saya..

ALLAH KNOWS EVERYTHING..

Thursday, June 16, 2011

NORA ELENA MATI DLM LAST EPISODE..


Saya copy dr OH bulan.. sila lah baca ye..

Mungkin sebab hati kami jantan, jadi apabila drama bertajuk ayu-ayu macam Nora Elena ni, kurang sikit nak follow. Namun, fenomena Nora Elena seakan sebati dengan wanita-wanita yang mengimpikan suami romantik seperti Seth Tan (lakonan Aaron Aziz), yang berkemungkinan besar kurang mendapat kasih sayang daripada suami sendiri. LOL!

Seorang blogger, Farihin Jasmi memberikan pendapat yang menarik mengenai Nora Elena yang akan berakhir, hari ini. Menurutnya, ada kejutan yang dilakukan oleh pihak produksi dengan menukar ending cerita Nora Elena untuk memberikan impak yang lebih mendalam kepada rakyat Malaysia! Biar kasi leleh air mata! Pendek kata, Nora Elena akan mati di akhir cerita!

Persoalannya, bagaimanakah Nora Elena akan mati? Farihan Jasmi mengeluarkan beberapa teori yang boleh diterima akal :

  1. Nora Elena dibunuh dengan kejam oleh Yvone yang berkomplot dengan suami si Nilawati, Khairul si kaki pukul.
  2. Eid kembali ke tanah air untuk membalas dendam kesumat dengan menembak Seth Tan. Malangnya, Nora Elena yang terkena peluru tersebut ketika cuba menyelamatkan suaminya, tragis sungguh!
  3. Nora Elena meninggal dunia kerana ketika melahirkan anaknya dan Seth Tan memberikan nama anaknya juga Nora Elena untuk memperingati isterinya yang tercinta. Akhirnya, Seth Tan bahagia dengan Nora Elena, iaitu anaknya buat selamanya.
Yang pasti, ending Nora Elena tidak akan sama dengan jalan cerita di novel untuk memberikan tahap saspen tertinggi kepada penonton setia. Fakta yang menarik, menurut GUA.com.my, Nora Elena berjaya menarik jumlah penonton yang ramai kerana kekuatan jalan ceritanya & nak tengok muka Aaron Aziz yang hensem, opps!

Jumlah tontonan untuk episod 1 hingga 18 sudah mencecah 800,000 di tonton.com.my, sementara episod 16 saja mampu menarik 80,000 tontonan.

OHBULAN! tergelak membaca surat bantahan peminat yang dihantar kepada wakil TV3 mengenai drama Nora Elena. Nowa, Pengerusi Ibu-Ibu Menyusu Badan (#lol) membantah penyiaran Nora Elena atas sebab-sebab tertentu. Ikuti surat bantahan penuh emosi selepas ini. Memang stail habis penulisannya!


Nowa
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.

Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?


ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.

Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.

Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.

Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..

Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.

Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.

Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”

“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.

Sekian,

“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.


(hahaha.. apesal nama die NOWA.. mcm org pelat sebut NORA jee..)

Monday, June 6, 2011

last posing with my boss..



sad sad story





on 7 May 2011 - huru hara nak prepare utk hawkeye audit,


tetibe boss bgtau sesuatu yg amat2 mengejutkan..


She got promoted & tranferred to the Putrajaya Hospital...


i heard the rumours early but just ignored.. but till the day she told us..


everyone (me, kak fizz, kak fa & ejat ) speechless.. sobssss..


Dia tunjuk email yg jelas menerangkan maksudnye..


but she said, kalo takde official letter, she will ignore the email..


setelah scene nangis menangis di hari sabtu..


isnin dan hari2 seterusnya kami bekerja seperti biasa..





untill 31 May 2011, boss dpt surat transfer via email..


i saw her packed her things.. and i asked : dah dpt surat??


she said : ha'ah baru jer..


because of i have a lot of work to do.. i pun buat tak tau je laa..


but im crying inside.. sobss sobss sobss..


malas nak nanges lg.. i buat tak tau jer..


dia ajak temankan g jumpe org PDN for her last word..


i ikut die with tears yg i sorok2 kan.. dlm hati tuhan je yg tau..





around 5.15 pm, she wanted to meet all of us.. after have her last word..


i pggl cleaner tlg hantar barang2 boss kat kereta..


owh this part is very very sad..


kami berpelukan dan menanges kt basement..


actually, i dah redha.. just wish my boss


gud luck.. tahniah.. thank you for tunjuk ajar & bantuan..


all the best.. will miss u.. lots of lurve..






Saturday, March 5, 2011

saya yg dah lama tak update blog..

hai.. selamat hari sabtu.. dah lama sgt tak update blog.. dah bsawang2 ni.. nak kena vacuum sume sawang.. 'abg upin ipin' tlg clearkan sawang kt blog saya.. ngee~~..
ade byk cite.. tp malas sy nak menaip.. hehe.. org yg nak tlg make up blog saya pun bz.. tggu die cuti laa baru bole jumpe & berguru..

Cik Altantuya... cepat laa.. tlg saya cantikkan blog.. ngee~~..

Friday, August 13, 2010

Alkisahnye di hari Jumaat yg mulia lg Barakah...

Sepanjang bulan lepas & bulan ogos ni mcm2 hal la kt opis tu.. aku pun pening gak.. ari2 meng 'email', meng 'sms' , menge 'call' org2 yg berkenaan... sakit ati... email tu ari2 attach gmbar kejadian.. errmmm ntah lah.. root cause tak settle, camane nak settle problem2 yg kat level aku ni....

ari ni pun ade kejadian gak.. tp settle!! syabas la kt kwn2... errmm tp utk entri ni bukan la nak cite sgt psl mslh tu tp nak cite disebalik mslh tu... my friend, ejat.. die nak balik umah mak die ptg td kat sepang.. yela turn die lak nak berpuasa dgn family die setelah family hubby die ari rabu aritu.. die memikirkan nak bawak balik kuih ape utk family die.. smpai die tnye kwn2 kt FB laa.. then slh sorg kwn die suggest buat donut.. sebab masa dok bujang sama2 diorg penah buat donut..

jd die pun agreed la dgn cdngan tuh.. tp die memikirkan apakah sempat die nak sediakan donut tu sebelum balik ke sepang.. akhirnya kak fiza ckp apa kata buat je kat opis.. makanya yudi menjadi mangsa keadaan utk membeli bahan membuat donut while me conforming the bahan2 n cara2 nak buat dgn mak ndak..

Jam 2 pm lebih sikit.. kitorg pun bersama2 membancuh yis, menguli tepung... setelah selesai. kami tinggalkan doh tersebut biarkan ia mengembang dgn jayanya.. setelah selesai solat dan sebagainya.. dlm jam 4 ptg td kami adun kan menjadi bentuk donut.. (manually tau, tak pakai acu pun)

masing2 membawa pulang bahagian masing2.. termasuk yudi pun sbb tanpa die donut takkan jadi.. tp aku malas nak bawak balik sbb malas nak menggendong.. huhu sbb arini ramai org bg aku makanan.. yg kaum2 lelaki yg lain, dah offer pun tak nak.. tak pe laaa.. maybe diorg ingt kami tak pandai buat donut kot.. huhu..

And tak berapa lama td sebelum entri ni di taip, kwn2 yg membawa pulang donut ke rumah telah memberikan +ve respond.. lalalalala... yg paling best respon dr anak boss.. huhu.. si anak boss dah suh mummy nyer buat karipap lak, mcm tau2 jer kami mmg dh plan nak buat karipap lak next week... kpd anak boss: ur mummy nak sumbangkan tepung jer.. smpai 2 kilo tau!! hehe tp die tau tepung tu jd karipap jer... hahahahaa... jgn marah boss...

Alangkah ruginye kerana tidak membawa donut tu pulang ke rumah... dan alangkah rugi nyer tak mengambil gmbar semasa membuat donut tu td.. huhu...

Saturday, August 7, 2010

Surprise!!!!!!!!!!!!!!


Alkisahnye... 30 Julai adalh birthday bos kami... so ari khamis baru la sibuk2 nak plan.. padahal ari selasa & rabu die bukan ade kat opis pun.. tp tak teringat pun nak plan masa tu... aku email kt kwn2 utk plan.. last2 kami berbincang kat bengkel FEMS.. ni plan tak bape jam pun tau.. aku pun pastu terus call adik suh tengok kek ade stok tak kt SR kt umah aku tu.. pg2 tu smpai opis, aku pk tak nak la bawak terus kek & hadiah naik opis.. nasib baik la tak bawak, bos dh smpai & terserempak dgn die masa aku nak masuk opis.. alamak tetibe die ajak aku kua g jumpe ummi die jap kt kg. baru.. die kata terus bfast sekali nnt... huhu aku pun pk camane lak ni.. kang nak mkn gak masa party.. alamk terpaksa ckp kat die kak fiza dh beli bfast utk sume org.. ok die kata takpe laa, g jumpe ummi die je b4 ummi die berangkt ke vietnam.. lalalallalaa.. aku pun ikut.. sekali ummi die ade kt kedai nasi lemak laa.. camane ni.. nak tak nak aku pun mkn jer ns lemak.. sepanjang aku dgn bos ni aku dok msg2 kwn2 yg ade kat opis utk settle ape2 yg patut.. huh nasib kami baik bangat.. bos tak dpt hidu pun plan kami ni.. jeng..jeng.. layan la pic ni..


gourmet ker???????? ;P



dgn hati2 den bwk kek nih!!




nii tgh tunggu nak masuk bilik bos.. die tgh call ssape ek.. lupe la..
lilin lak terpadam masa ni...
ejat telah memainkan peranan.. interrupt jer bos tu, die kata ade hal penting nak bincang..
terus mak cik tu matikan fon.. jeng..jeng...
sekali den yg masuk bwk kek..


terkezut ker... hehehheee...buat2 bz kemas meja ye.. hhehehe


bg hadiah dulu...




HAPPY BIRTHDAY BOSS...


berjaya gak kami semua meng surprise kan bos tanpa terkantoi... yezzzzzaaaa... berjaya!!!

sebenarnya pg tu masa kua temankan bos g jumpe umi die, die ada bgtau.. die nak blanje lunch hari tu... tp jeng2 tak jadi la.. dah kami surprise kan die dgn kek n makanan2 yg sedap2.. huhu..

so, lunch treat ni ditunda ke ari selasa.. 3 august 2010...



invitation card ni bersusah payah buat.. kunun2 nak blanje kitorg la sekali die yg terkezut besar..